Monday, January 18, 2010

MPAJ OH MPAJ

Salam saudara/i semua..., agak lama jua tidak "update" blog ini.

Sekadar menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak MPAJ yang telah menghantar beberapa pegawai dan anggota penguatkuasa untuk meninjau tahap kebersihan rumah2 di Taman Cahaya, longkang tersumbat dan masalah pembiakan tikus.

Namun saya terkejut juga apabila pihak MPAJ menawarkan RM3 untuk seekor tikus yang ditangkap. Apakah MPAJ sudah tidak punya peruntukan kewangan untuk membeli racun2 tikus yang bergred tinggi bagi mengatasi masalah ini.

Walaupun kita sedar kebersihan itu tanggungjawab bersama, namun demikian sebagai pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab....jalankanlah tangungjawab anda secara berhemah dan berintegriti.

(Nota: Ingin sangat nak lihat MPAJ jadi seperti MPPJ and MPSJ)

Thursday, July 16, 2009

PASAR MALAM TMN DAGANG

Saya berasa amat hairan tentang kewujudan peniaga-peniaga bangsa asing di Pasar Malam Taman Dagang berhadapan dengan pasaraya Hero.

Terdapat lebih kurang 2 peniaga Indonesia yang berniaga "Bakso" dan membuka meja makan seolah-olah warung bergerak.

Setelah jam 9.30 malam tadi, terdapat sebuah lori penguatkuasa MPAJ dan penguatkuasa lelaki dan wanitanya.....cuba menguatkuasakan soal lesen berniaga dan menyaman mana-mana peniaga yang melanggar peraturan. Soalnya, kenapa baru hari ini bertindak? Adakah penguatkuasa MPAJ tutup sebelah mata dan membiarkan siluncai ini dengan labu-labunya.

Atau adakah wujud lagi suku sakat Abdul Kudus dalam pentadbiran MPAJ.

Wallahualam.

Saturday, January 31, 2009

LORI SAMPAH

Harap pihak Alam Flora dapat memantau kegiatan-kegiatan pemandunya yang memandu secara berbahaya di laluan Taman Cahaya, Ampang sama ada waktu pagi, tengahari maupun petang.

Pemandu-pemandu Alam Flora ini sengaja mengikut laluan "shortcut" Taman Cahaya walaupun bukan pada hari jadual kutipan sampah dibuat.

Penguatkuasa MPAJ ....bukalah mata tu luas-luas....ambil tindakan sewajarnya.

Thursday, November 27, 2008

DEDIKASI UNTUK AYAHANDA TERCINTA

Dedikasi penuh kasih sayang...buat ayahanda tercinta Allahyarham Tn. Hj. Sarip b. Lajim yang telah kembali ke rahmatullah..pada subuh Jumaat 21 November 2008 jam 6.05 pagi.

Semoga roh abah dicucuri rahmat dari Allah SWT.

Al - Fatihah

Monday, November 3, 2008

UMNO Bahagian Pandan, Selangor

Pertandingan 3 penjuru merebut Ketua UMNO Bahagian Pandan telah berakhir pada hari semalam 2 Nov 2008 dengan Saudara Abd. Ghani Ismail (bekas Ketua Pemuda Pandan) menang dengan majoriti besar.

Diharapkan saudara Abd. Ghani Ismail dapat memberikan perhatian kepada masalah penduduk setempat dan juga melaksanakan pelbagai program untuk belia Pandan.

Tahniah diucapkan!!! Tunaikan janji dan teruskan perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara

Friday, September 12, 2008

Isu Persekitaran Taman Cahaya

Saya telah membuat aduan kepada MPAJ mengenai masalah pembiakan tikus yang berleluasa dan membentuk koloni yang agak besar.

Bangkai-bangkai tikus banyak bersepahan akibat mati dilanggar di jalan raya.

Di manakah pegawai-pegawai kesihatan MPAJ dalam memantau hal-hal sebegini.

Kerjalah dengan tulus dan ikhlas. Gaji dan elaun anda sebagai pegawai kerajaan telah naik.

Itu wajib dijadikan pendorong untuk maju ke hadapan.

Harap tindakan segera diambil.

Monday, August 11, 2008

Kuil Hindu di belakang Flat Taman Cahaya???

Adalah dimaklumkan bahawa pada bulan Jun 2008, ahli Parlimen Ampang telah merasmikan suatu tapak pembinaan kuil Hindu di belakang Flat Taman Cahaya, Ampang Selangor.

Adalah tidak diketahui samada projek pembinaan tersebut mendapat restu dari MPAJ dan juga ahli-ahli majlis MPAJ. Apa yang menghairankan ialah penduduk Taman Cahaya yang bergama Hindu begitu sedikit peratusannya. Dari maklumat yang diperolehi ialah terdapat dari kalangan orang luar yang menjadi penaja kepada projek ini.

Diharapkan pihak-pihak terlibat dapat segera menyelesaikan isu ini demi kebaikan penduduk setempat.

Sekian, terima kasih.