Thursday, November 27, 2008

DEDIKASI UNTUK AYAHANDA TERCINTA

Dedikasi penuh kasih sayang...buat ayahanda tercinta Allahyarham Tn. Hj. Sarip b. Lajim yang telah kembali ke rahmatullah..pada subuh Jumaat 21 November 2008 jam 6.05 pagi.

Semoga roh abah dicucuri rahmat dari Allah SWT.

Al - Fatihah

Monday, November 3, 2008

UMNO Bahagian Pandan, Selangor

Pertandingan 3 penjuru merebut Ketua UMNO Bahagian Pandan telah berakhir pada hari semalam 2 Nov 2008 dengan Saudara Abd. Ghani Ismail (bekas Ketua Pemuda Pandan) menang dengan majoriti besar.

Diharapkan saudara Abd. Ghani Ismail dapat memberikan perhatian kepada masalah penduduk setempat dan juga melaksanakan pelbagai program untuk belia Pandan.

Tahniah diucapkan!!! Tunaikan janji dan teruskan perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara

Friday, September 12, 2008

Isu Persekitaran Taman Cahaya

Saya telah membuat aduan kepada MPAJ mengenai masalah pembiakan tikus yang berleluasa dan membentuk koloni yang agak besar.

Bangkai-bangkai tikus banyak bersepahan akibat mati dilanggar di jalan raya.

Di manakah pegawai-pegawai kesihatan MPAJ dalam memantau hal-hal sebegini.

Kerjalah dengan tulus dan ikhlas. Gaji dan elaun anda sebagai pegawai kerajaan telah naik.

Itu wajib dijadikan pendorong untuk maju ke hadapan.

Harap tindakan segera diambil.

Monday, August 11, 2008

Kuil Hindu di belakang Flat Taman Cahaya???

Adalah dimaklumkan bahawa pada bulan Jun 2008, ahli Parlimen Ampang telah merasmikan suatu tapak pembinaan kuil Hindu di belakang Flat Taman Cahaya, Ampang Selangor.

Adalah tidak diketahui samada projek pembinaan tersebut mendapat restu dari MPAJ dan juga ahli-ahli majlis MPAJ. Apa yang menghairankan ialah penduduk Taman Cahaya yang bergama Hindu begitu sedikit peratusannya. Dari maklumat yang diperolehi ialah terdapat dari kalangan orang luar yang menjadi penaja kepada projek ini.

Diharapkan pihak-pihak terlibat dapat segera menyelesaikan isu ini demi kebaikan penduduk setempat.

Sekian, terima kasih.

Saturday, July 12, 2008

PERLANTIKAN AHLI MAJLIS MPAJ

Tahniah di atas pelantikan ahli majlis MPAJ yang baru pada 8 Julai 2008. Adalah diharapkan ahli-ahli majlis ini dapat menjalankan tugas dengan amanah dengan mengutamakan kepentingan masyarakat sekitar kawasan Ampang Jaya dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan para penduduk.

Walaupun berlaku pelbagai kontroversi sebelum perlantikan itu namun semuanya telah selesai. Para penduduk Ampang Jaya sedang menanti dan melihat apakah yang bakal berlaku selepas ini?

Kepada sesiapa yang mnghadapi masalah dengan MPAJ, silalah berhubung terus kepada mpajwatchdoggroup@gmail.com